Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Friday
Jul 30th
    • Bahasa Melayu
    • English
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/10
 

Ucapan Pengarah BPTV (Jun 2010)

Ucapan Pengarah BPTV (Jun 2010)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Sebagaimana sedia maklum bahawa Y.A.B. Tan Sri Dato' haji Muhyidin b. Mohd Yasin Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pel...

More:

MESYUARAT PERTAMA YDP-YDP PIBG SMTV ZON SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN

MESYUARAT PERTAMA YDP-YDP PIBG SMTV ZON SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN

 

Pada 21 Mei 2010 bertempat di Bilik Gerakan dan Bilik Gemilang SMTKL telah berlangsungnya Mesyuarat Pertama YDP-YDP PIBG SMTV Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan b...

More:

Profil PPA Kemaman

Alamat:

KM6, Jalan Air Putih, 24000 Kemaman, Terengganu

No. Telefon : 09-8591481

No. Faks : 09-8597657

Emel :

Laman web :

Kakitangan PPA Kemaman

Ketua PPA    ...

More:

Pasukan Ragbi SMV Ampangan Juara Piala Tuanku Naqiyudin

Pasukan Ragbi SMV Ampangan Juara Piala Tuanku Naqiyudin

Berkat kesungguhan pemain serta tunjuk ajar dan semangat yang diberikan oleh jurulatih berkaliber maka pasukan Ragbi "Hurricanes" SMV Ampangan berjaya menjuari ...

More:

Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (PP-PPD-PPB) tahun 2010

Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (PP-PPD-PPB) tahun 2010

Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia untuk Zon Sarawak akan diadakan pada 16 hingga 18 Julai 2010 di Kuching, Sarawak. Zon Sabah pada 30 Julai h...

More:

SMV Ampangan, Seremban

SMV Ampangan, Seremban

PENGENALAN

     Sekolah Menengah Vokasional Ampangan, Seremban bermula pada 3 April 1972 dengan bantuan Bank Dunia dan Kementerian Pendidikan.   Disebabkan kelewatan menyiap...

More:

Enrolmen Murid VocTech 2010

 

BIL ALIRAN T4 T5 JUMLAH
1 TEKNIK 5697 8401 14098
2 VOKASIONAL 15050 13899 28949
3 KEMAHIRAN 3121 2601 5722
4 MPV 21330 15986 37316
  JUMLAH 45198 40887 86085

 

          

Tindakan Segera

Penghantaran Laporan oleh Pengetua-pengetua SMT/V dan Pengerusi Zon

 Semua Pengetua SMT/V,

 

Adalah dimaklumkan bahawa 3 surat telah dihantar melalui pos pada 8 Julai 2010 untuk tindakan.  Dipohon kerjasama tuan/puan untuk menghantar laporan selewat-lewatnya pada tarikh akhir yang ditetapkan.

 

Bil.

Surat

Tarikh Akhir Menghantar Laporan

 

1.

 

Laporan Tindakan SMT/V Dalam Memperkasa Voctech

 

 

20 Julai 2010

 

2.

 

Tindakan Susulan Perbengkelan Semasa Mesyuarat Pengetua-Pengetua SMT/V Bil. 1/2010

 

 

15 Ogos 2010

 

3.

 

Pelan Tindakan SMT/V Mengikut Zon Untuk Melaksanakan

        1.    Majlis Graduasi Pelajar Aliran Kemahiran

       2. Lawatan ‘Benchmarking’ ke Asrama   SMT/V

 

(untuk Pengerusi Zon sahaja)

 

 

15 Ogos 2010

 

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Perhubungan & Keurusetiaan

Sektor Pengurusan Sekolah


 
URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DGA32, GRED DGA38, DG44, DG48

 URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DGA32, GRED DGA38, DG44, DG48 DAN GRED     KHAS C SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2010 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 

 

Semua borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan (seperti di perkara 5.4 surat siaran) yang boleh didapati di bptv.edu.my/v0/index.php perlu dihantar ke Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional selaku urusetia untuk calon dari Sekolah Menengah Teknik sebelum atau pada 15 Julai 2010 untuk tindakan Bahagian ini selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, tuan bolehlah menghubungi urusetia Bahagian ini, Puan Wan Rosnani binti Mat Saman (No. tel : 03-88845077) atau Cik Hamidah binti Ahmad (No. Tel: 03-88845083).


 


 
Urusan Pemangkuan Pengetua Cemerlang, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, PPPS Gred DG52(KUP)

 Semua Pengetua SMT,

Adalah dimaklumkan bahawa iklan bagi Urusan Pemangkuan Pengetua Cemerlang, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, PPPS Gred DG52(KUP) dan Gred DG54(KUP) Tahun 2010 di Kementerian Pelajaran Malaysia telah dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Bagi calon-calon yang layak dan menepati syarat umum dan syarat khusus seperti para 4.1. dan 4.2 sahaja yang layak memohon. Sila kemukakan permohonan tuan/puan kepada Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing pada  atau sebelum 15 Julai 2010.  

 

Sekian , harap maklum.

 

Urusetia

Unit Pengurusan Personel Pendidikan

Sektor Pengurusan Sekolah.


 
MAKLUMBALAS SEMAKAN STATUS PROJEK USNT BENGKEL CNC (ABM) DI SMT/SMV TAHUN 2009

Pihak sekolah diminta untuk memuat turun borang maklumbalas semakan status projek USNT bengkel CNC (ABM) yang berkain di SMT/SMV tahun 2009 di Portal BPTV http://bptv.edu.my. Borang maklumbalas tersebut hendaklah diisi dan dihantar dengan segera melalui mesin faks yang bernombor 03-88845242 atau di emailkan kepada Pembangunan PTV melalui alamat pembangunan.bptv@gmail.com selewat lewatnya pada 18 Jun 2010

 

 


 
Data Pencapaian Murid Aliran Kemahiran Tahun 2008 & 2009

Semua pengetua SMT/SMV

Sukacita dimaklumkan bahawa BPTV sedang mengumpulkan data maklumat pencapaian murid aliran kemahiran di SMT/SMV yang ada menawarkan aliran kemahiran bagi tahun 2008 dan 2009 . Sila klik pada URL berikut untuk muat turun format yang disediakan.

http://bptv.edu.my/v0/index.php?option=com_docman&Itemid=50&lang=bm kemudian klik Pengurusan Akademik

Maklumat yang telah diisi boleh diemelkan ke paptv.bptv@gmail.com pada atau sebelum 30 Jun 2010.

 


 
Makluman Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah

Semua Pengetua SMT,

Adalah dimaklumakan bahawa urusan-urusan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah sedang dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Personel Pendidikan., Sektor Pengurusan Sekolah. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta memberi perhatian terhadap surat siaran mengenai iklan kenaikan pangkat bagi urusan yang berikut:

Urusan Kenaikan Pangkat DG41 ke DG44 (KUP Secara Time-based bagi Ex-PPPLD bagi urusan Tahun 2011. Tarikh tutup BPTV adalah pada 09 Julai 2010. 

Urusan Kenaikan Pangkat DG44 ke DG48(KUP) Secara Time-based bagi  Ex-PPPLD urusan Tahun 2010 dan tahun 2011.  Tarikh tutup BPTV  bagi urusan Tahun 2010 adalah pada 30 Jun 2010 dan bagi urusan tahun 2011, tarikh tutup adalah pada 20 Ogos 2010.


Bagi memastikan pegawai-pegawai tidak tercicir dalam urusan tersebut, dan semua urusan berjalan lancar, maka sila pastikan surat siaran berkaitan dengan iklan tersebut dipanjangkan kepada semua guru-guru yang layak. Jika terdapat sebarang kemusykilan berhubung dengan urusan tersebut sila hubungi urusetia di BPTV di talian 03-88845021/5077/5078/5083.


Sekian, harap maklum.

 

Urusetia

Unit Pengurusan Personel Pendidikan

Sektor Pengurusan Sekolah.


 
Urusan Kenaikan Pangkat , UPPP, Sektor Pengurusan Sekolah

Semua Pengetua SMT,

Unit Pengurusan Personel Pendidikan, Sektor Pengoperasian Sekolah sedang melaksanakan Urusan Kenaikan Pangkat bagi urusan berikut:


i.   Urusan Kenaikan Pangkat DGA29 ke DGA32 (KUP) time-based urusan Tahun 2010 dan 2011. Tarikh tutup BPTV adalah pada 18 Jun 2010.

ii.  Urusan Kenaikan Pangkat DG41 dan DG44 (KUP) secara time-based bagi urusan Tahun 2011. Tarikh tutup BPTV adalah pada 07 Jun 2010.


Sehubungan dengan itu, tuan/puan dipohon untuk memastikan semua dokumen yang berkaitan dengan urusan kenaikan pangkat tersebut dihantar pada tarikh yang ditetapkan bagi urusan selanjutnya oleh pihak urusetia di BPTV.


Terima kasih.


Urusetia

Unit Pengurusan Personel Pendidikan,

Sektor Pengurusan Sekolah.


 
Senarai Nama Pegawai Angkat dan Sekolah

 

 

Nama Pegawai Angkat dan Sekolah
 
1 Mohd Rosdi Bin Ismail (44)
SMT Arau
SMT Kangar
SMT Sandakan
 
2 Isa bin Jasmi (44)
SMT Lebohraya SAH, A.S
SMT Jalan Stadium
SMT Lahad Datu
 
3 Ruhaidah Bt Ahmad(44)
SMT Kulim
SMT Langkawi
SMT Tawau
 
4 Abd Ghani bin Abu Bakar(44)
SMT Sg. Petani 1
SMT Sg. Petani 2
 
5 Mohd Fauzan bin Zulkiflee(41)
SMT TARPutra
SMT Batu Lanchang
SMT Balik Pulau
 
6 Hj Jasni bin Ismail(44)
SMT Nibong Tebal
SMT Butterworth
SMT Seberang Perai
 
7 Mohd Azly bin Mohammad(41)
SMT Teluk Intan
SMT Slim River
SMT Miri
 
8 Suhairun Nizam bin Supal(41)
SMT Gerik
SMT Kerian
SMT Taiping
 
9 Mohd Noh bin Ahmad(44)
SMT Seri Manjung
SMT Seri Iskandar
SMT Bintulu
 
10 Suraimi Bin Hj Rithwan(44)
SMT Ipoh, Persiaran Brash
SMT Lebuh Cator
SMT Kuala Kangsar
 
11 Khairuddin bin Khalid(44)
SMT Sepang
SMT Kajang
SMT Labuan
 
12 Abdul Jalil bin Abu Bakar (34)
SMT Shah Alam
SMT Klang
 
13 Yahya Bin Saad(34)
SMT Selangor, Sg. Buloh
SMT Kuala Selangor
 
14 Rose Lina Bt Ismail(44)
SMT Gombak
SMT Kuala Lumpur
SMT Likas
 
15 SMT Setapak
SMT ERT Setapak
SMT TAA, Bentong
 
16 Helena Bt Osman(44)
SMT Tuanku Jaafar
SMT Ampangan
SMT Kuala Klawang
 
17 Zainurin Bin Suparman(44)
SMT Juasseh
SMT DLM, Rembau
SMT ERT DUHMS, Rembau
 
18 Samsuri bin Buang(34)
SMT Melaka, Bkt. Piatu
SMT Melaka Tengah
 
19 Mohd Razaly Bin Mohd Yusof(41)
SMT DSMZ, Alor Gajah
SMT Port Dickson
SMT Jasin
 
20 Ahmad Jamalulail bin Kamaruzaman(44)
SMT Muar
SMT Segamat
SMT Batu Pahat
 
21 Mazlan bin Mohamed
SMT Kluang
SMT Kota Tinggi
SMT Johor Bahru
 
22 Azliah bt Jalaludin(44)
SMT Tanjung Puteri
SMT ERT Johor Bharu
SMT Perdagangan, JB
 
23 Mohd Idris bin Hj Salam(41)
SMT SHASAMB, Kuala Lipis
SMT Sibu
SMT Betong
 
24 Ismail Bin Ahmad(44)
SMT Sejingkat
SMT Matang
SMT Kuching
 
25 Wan Hanafi Bin Wan Musa(44)
SMT SHAS, Kuala Rompin
SMT Muadzam Shah
SMT Kudat
 
26 Mohd Rahdi bin Darus(44)
SMT Kuantan
SMT Seri Pelindung
SMT Keningau
 
27 Norhayati binti Dollah
SMT Temerloh
SMT Pertanian Chenor
SMT ERT Puteri, Temerloh
 
28 Rahman bin Hussein(44)
SMT Dungun
SMT Kemaman
SMT Beaufort
 
29 Amiruddin bin Ayob(34)
SMT Kuala Krai
SMT Tanah Merah
 
30 SMT Wakaf Tembusu
SMT Terengganu
SMT Besut
 
31 Wan Rosnani binti Mat Saman(41)
SMT Pasir Mas
SMT Pengkalan Chepa
SMT Bachok
 

 

 

 
     
     
 
 
     
 
 
     
 
 
     
 
     
 
 
     
 
 
     
 
 
     
 
 
     
 
 
     
 
 
     
 
 
     
 
     
 
     
 
 
     
 
 
     
 
 
     
 
 
     
 
     
 
 
     
 
 
     
 
 
     
 
 
     
 
 
     
 
 
     
 
 
     
 
 
     
 
 
     
 
 
     
 
     
 
 
     
 
 

 
Makluman Unit Personel Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah

Adalah dimaklumkan bahawa UPPP, SPS, akan mengadakan taklimat mengenai Hal-hal Kenaikan Pangkat PPPLD & PPPS Sekolah Menengah Teknik/Vokasional pada bulan Jun dan Julai 2010, seperti tarikh-tarikh berikut :

  1. 09 Jun 2010 - SMT Gombak, Selangor
  2. 18 Jun 2010 - SMT Temerloh, Pahang
  3. 15 Jun 2010 - SMT Dato' Lela Maharaja, Rembau
  4. 22 Jun 2010 - SMT Teluk Intan, Perak
  5. 29 Jun 2010 - SMT Sg. Petani 1, Kedah

Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta merujuk surat edaran BPTV.


 
Pengumpulan Senarai Calon SPM 2010

Kepada:

Semua Pengetua SMT/SMV

Tuan,

FORMAT KEPUTUSAN PMR 2008

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Sehubungan dengan itu, pihak tuan perlu mengisi keputusan PMR 2008 bagi calon-calon SPM 2010 mengikut format berikut:
                      Muat turun di sini (sila klik hyperlink di bawah):
                                                   Laman web BPTV atau Laman web alternatif

Laporan yang telah siap diisi bolehlah diemailkan kepada spmbptv@gmail.com pada atau sebelum 31 Mei 2010.

Sekian, terima kasih.


 
Pengumpulan Senarai Calon SPM 2010

Setiausaha Peperiksaan SPM
Semua SMT/SMV

Tuan,

PENGUMPULAN SENARAI CALON PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2010

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2.   Tujuan utama pengumpulan maklumat ini adalah untuk mengelakkan berlakunya keciciran semasa pihak kami membuat analisis keputusan SPM nanti. Pihak kami juga akan menggunakan data ini untuk mengumpulkan keputusan PMR setiap calon yang berdaftar di sekolah tuan. Pihak tuan digalakkan untuk mengumpulkan keputusan PMR tahun 2008 bagi setiap calon mulai sekarang.

3.   Senarai calon ini perlu diperolehi di laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia. Langkah untuk mendapatkan senarai tersebut boleh diperolehi di sini. Senarai calon ini hendaklah dihantar melalui email di alamat spmbptv@gmail.com pada atau sebelum 30 April 2010. Sebarang masalah boleh hubungi Encik Mohd Nadzim Ariffin ditalian 019-8107072.

4.   Format pengumpulan keputusan PMR boleh di muat turun di sini:
Sila klik hyperlink:  Laman Web BPTV atau Laman Web Alternatif

Sekian, terima kasih.


 
Analisis Keputusan SPM 2009

Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2009 boleh diperolehi di sini.


 
Laporan Tahunan Pengurusan Aset Alih Kerajaan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2009

Adalah dimaklumkan bahawa Sektor Pembangunan Aset dan Fasiliti sedang mengumpulkan Laporan Tahunan Pengurusan Aset Alih Kerajaan Sekolah Menengah Teknik Tahun  2009.
Read more text
 

Portal Akademik PTV

ptv

Takwim @ BPTV

Aktiviti Bulan Ini

July 2010
Su Mo Tu We Th Fr Sa
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Aktiviti Akan Datang

Lihat Takwim Penuh

Galeri Foto

Cari @ BPTV

Log Masuk

Statistik Web

Ahli : 249
Kandungan : 159
Pautan Web : 40
Hit paparan Kandungan : 71143

 

Pengguna Online

Kami ada 35 tetamu online
None

Undian

Jurusan Pilihan Anda